Pengenalan Manjoi

in

Manjoi ialah sebuah kampung di timur laut bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.


Pada tahun 1900,
Uda Kidal membawa diri dari kampung asalnya di Bota, Perak dan meneroka sebuah kawasan di pinggir Ipoh untuk dijadikan tempat mencari rezeki. Bermula dengan sebuah rumah yang didiami bersama isteri, Teh Manja, kawasan itu `membesar' sebagai sebuah petempatan Melayu terkenal di Perak yang kemudiannya dinamakan Kampung Manjoi.
Menurut cucu Uda Kidal, Abdul Mat Desa, 73, yang masih menetap di Manjoi, ia sempena nama seorang lelaki alim, Tok Manjoi, yang terlalu rapat dengan datuknya Uda Kidal. Tok Manjoi berpesan kepada Uda Kidal supaya menjaga kawasan berkenaan dan memastikan penduduk di situ tidak bermusuh sesama sendiri.


Mengikut cerita lain pula, nama itu diambil sempena nama isteri Uda Kidal, Teh Manja. Manja disebut `Manje' dalam loghat Parit. Kawasan itu kemudian dinamakan Manjoi.
Pertambahan pesat penduduk Melayu merebak hingga membabitkan pembukaan kampung lain di sekelilingnya yang kini digelar Gugusan Manjoi - iaitu perkampungan Melayu dalam bandar yang terbesar di negeri ini.



Kawasan
Gugusan Manjoi seluas 560.8 hektar merangkumi:
Kampung Manjoi
Kampung Tengku Hussein
Kampung Sungai Tapah
Kampung Dato Ahmad Said
Kampung Jelapang Baru.
Gugusan itu mempunyai 6,409 rumah dengan lebih 31,000 penduduk.



IPOH
Ipoh ialah sebuah
bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown, dan Johor Bahru.

Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.
Kini, "Ipoh" telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Secara sejarahnya, "Ipoh" terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya.

Pekan Ipoh


Permandangan di Lost World Ipoh & Bandar Ipoh

Pelan Lokasi

in



ni pelan lokasi..

kalu korg nk senang g leh tgk kt google map..

kt manjoi,kg dato ahmad said 2,jln lebuh rajawali..

mai ramai2 pekena burger!

id burger

in




stall id burger


OBLONG BURGER

in

PERHATIAN!!!

Kepada semua pengusaha burger mahupun suri rumah @ sesiapa je..
pernah dengar oblong burger???
pernah makan x???
pe benda n ye nie??
oblong burger merupakan burger terbaru di pasaran
rupa dia cm prosperity burger mcd tu...
tp arga jauh lebih murah serta lazat...

nak rasa leh la dtg ke stall kami yg terletak di manjoi,kg dato ahmad said 2
(nk sng kol je leh tunjuk kn jln)

kami juga membekalkan daging oblong di sekitar ipoh dan perak.
kepada sesiapa yang ingin mendapatkan daging oblong maka boleh la
menghubungi saya.

oblong daging rm16
oblong ayam rm16
roti oblong rm4.80
serbuk Black paper rm3.50
(untuk celup daging oblong)

farid:0134200444

Borang Tempahan

Nama:
No Tel:
Pertanyaan:
Email Address: