Manjoi ialah sebuah kampung di timur laut bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Pada tahun 1900, Uda Kidal membawa diri dari kampung asalnya di Bota, Perak dan meneroka sebuah kawasan di pinggir Ipoh untuk dijadikan tempat mencari rezeki. Bermula dengan sebuah rumah yang didiami bersama isteri, Teh Manja, kawasan itu `membesar' sebagai sebuah petempatan Melayu terkenal di Perak yang kemudiannya dinamakan Kampung Manjoi.
Menurut cucu Uda Kidal, Abdul Mat Desa, 73, yang masih menetap di Manjoi, ia sempena nama seorang lelaki alim, Tok Manjoi, yang terlalu rapat dengan datuknya Uda Kidal. Tok Manjoi berpesan kepada Uda Kidal supaya menjaga kawasan berkenaan dan memastikan penduduk di situ tidak bermusuh sesama sendiri.
Mengikut cerita lain pula, nama itu diambil sempena nama isteri Uda Kidal, Teh Manja. Manja disebut `Manje' dalam loghat Parit. Kawasan itu kemudian dinamakan Manjoi.
Pertambahan pesat penduduk Melayu merebak hingga membabitkan pembukaan kampung lain di sekelilingnya yang kini digelar Gugusan Manjoi - iaitu perkampungan Melayu dalam bandar yang terbesar di negeri ini.
Kawasan
Gugusan Manjoi seluas 560.8 hektar merangkumi:
Kampung Manjoi
Kampung Tengku Hussein
Kampung Sungai Tapah
Kampung Dato Ahmad Said
Kampung Jelapang Baru.
Gugusan itu mempunyai 6,409 rumah dengan lebih 31,000 penduduk.
IPOH
Ipoh ialah sebuah bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown, dan Johor Bahru.
Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "
pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.
Kini, "Ipoh" telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Secara sejarahnya, "Ipoh" terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya.Pekan Ipoh


Permandangan di Lost World Ipoh & Bandar Ipoh
0 comments:
Post a Comment
You can also follow any responses to all entry through the RSS Comments feed.